Berita Terkini
recent

Fattah, Fazura Sudah Pilih Nama Anak

Pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura sudah mempunyai dua pilihan nama untuk anak mereka kelak. Nama tersebut dipilih ketika pasangan suami isteri ini mengerjakan Umrah di Makkah pada awal November lalu.

Dua nama tersebut ialah Fatimah Aishah jika dikurniakan cahaya mata perempuan manakala Fath bagi anak lelaki.

"Kalau anak perempuan Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu.

"Kalau lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura," ujarnya.

Perkara itu dikongsi Fattah ketiga ditemubual di segmen Johara Pagi Era, Era FM, pagi Selasa lalu. Fattah menjadi tetamu undangan stesen radio berkenaan bagi mempromosi drama terbaharunya berjudul My Coffee Prince.

Tambah Fattah, dia kini sedang berehat daripada sebarang komitmen kerja dan bakal berbulan madu di United Kingdom tidak lama lagi.

"Saya sedang bercuti dan akan berbulan madu dahulu, kemudian sibuk dengan persiapan resepsi kami pada Januari depan," ujarnya.

Pelakon Fattah dan Nur Fazura yang berkahwin pada 27 November lalu dalam sebuah majlis tertutup iaitu lima hari selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

Pasangan yang bergandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella ini bertunang pada 13 NOvember lalu di kediaman keluarga Fazura selepas lima bulan bercinta.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.