Berita Terkini
recent

Fatonah Azali bukan naskhah klise

TELEFILEM dan drama rantaian kita kini kebanyakannya berkisar mengenai perkahwinan atas dasar aturan keluarga dan juga faktor membalas hutang budi.

Kisah serupa juga dipertaruhkan menerusi telefilem terbaru, Fatonah Azali terbitan Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, namun mempunyai jalan ceritanya tidak klise.

Telefilem arahan Shuhaimi Lua ini juga boleh diklasifikasikan sebagai naskhah segar dan berbeza daripada pengarahannya sebelum ini.


Sesuai dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini, kata Shuhaimi, Fatonah Azali sarat penceritaan dan kisahnya juga berbeza menjadi antara tarikan utama penonton.


"Selalunya kita sering dihidangkan dengan kisah perkahwinan yang diatur keluarga, yang berlaku atas dasar terhutang budi, kontrak dan sebagainya.

"Dalam Fatonah Azali, berlangsung juga perkahwinan atas dasar membalas hutang budi, namun bezanya tidak ada istilah jatuh cinta tetapi pengorbanan antara seorang anak kepada ayahnya yang perlu menjaga ibu tiri yang lebih muda seperti ibu kandung sendiri selepas kematian ayahnya itu.

"Bukan itu sahaja, banyak lagi nilai murni dan pengajaran yang kita terapkan buat penonton menerusi telefilem ini," ujarnya kepada Sinar Harian.

Telefilem ini menggandingkan pelakon baru dan lama seperti Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Mustaqim Bahadon, Zaibo dan Kay Maria.

Memuji lakonan pelakon utamanya, Nad, Shuhaimi berkata, dia melihat kualiti lakonan Nad sudah jauh berbeza di awal kemunculannya dulu.

"Saya pernah bekerja dengan Nad ketika awal kemunculannya dan kini dia sudah jauh berubah. Saya boleh kategorikan dia sebagai pelakon method, yang buat homework dan kemudian mampu merealisasikan wataknya dengan baik.

"Bagi saya dia berjaya bawa wataknya dengan begitu baik. Begitu juga dengan pelakon lain yang tidak kurang hebatnya membawakan watak masing-masing," katanya.


Telefilem ini mengisahkan Azali (Redza) yang akhirnya pulang ke kampung halamannya setelah meninggalkan tempat itu selama tujuh tahun.

Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ayahnya, Pak Tam (Zaibo), baru sahaja bernikah dengan seorang gadis terencat akal bernama Fatonah (Nad), yang jauh lebih muda darinya.

Pak Tam menikahi Fatonah atas rasa hutang budi kepada ayah Fatonah iaitu arwah Datuk Hussein. Namun, kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia, dan telah mengamanahkan Azali untuk menjaga Fatonah dengan baik bagai ibu kandungnya sendiri.

Dalam pada itu, Shuhaimi menambah, telefilem ini turut menampilkan kemunculan istimewa, Khai Bahar. Namun, apakah peranan Khai di dalam telefilem ini nanti, sama-sama kita saksikan Fatonah Azali pada 2 Disember nanti, jam 10 malam di TV3.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.