Berita Terkini
recent

Fathia Latif teringin interview PM


Pelakon Nur Fathia Latif terus menjadi perhatian apabila memuat naik status di laman twitternya.

Terkini, Fathia menerusi statusnya berharap diberi peluang untuk menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dengan kapsyen; “Saya pernah interview Tun (Dr Mahathir Mohamad) sebelum ni, boleh tak bagi saya peluang utk interview @NajibRazak pulak (Najib)? pleassee? I promise i'll be good,” tulisnya.

Pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa ini sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan beberapa status di twitternya.

Kelmarin, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, mempersoalkan siasatan yang dijalankan terhadap Dr Mahathir berkenaan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran wang asing (Forex).

“Selepas berpuluh-puluh tahun Tun (Dr Mahathir) berkhidmat pada negara baru nak dakwa? Inilah dinamakan 'bijak'?" soalnya.

Tidak hanya itu, menerusi statusnya Fathia berkata, jika ‘ingin membuka cerita lama’, siasatan patut juga dibuat terhadap dakwaan ‘sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi individu tertentu’.

"Siasatan perlu dibuat dan 'keputusannya' didedahkan kepada umum kerana masih ada persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya. Setuju?" soalnya.

Awal November lalu, status Fathia terus menjadi perhatian apabila mempersoalkan mengenai harga minyak.

“Minyak naik lagi RM2.31 sen! Sapa (siapa) sakit hati? Ke tak rasa apa-apa sebab dah immune (biasa)?” katanya.

Tidak hanya itu, Fathia juga hebat dikecam hanya kerana mempersoalkan sama ada Najib melawat pusat banjir di Pulau Pinang.

“Assalamualaikum Prime Minister, tak pergi ke jenguk-jenguk #Penang?” tulisnya.

Fathia dilihat antara pelakon yang lantang menyuarakan pendapat biarpun adakalanya dianggap keterlaluan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.