Berita Terkini
recent

Fasih Bahasa Korea Selepas Bercinta-Gaduh Dengan Awek

Rata-rata peminat tahu salah seorang anggota kumpulan GOT7, Jackson Wang, bukannya seorang warga negara Korea tetapi berasal dari Hong Kong.



Namun mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana dia dengan cepat dapat menguasai dan fasih bertutur dalam bahasa Korea.

Ketika ditemubual sebuah stesen radio Kantonis baru-baru ini, rapper berusia 23 tahun itu berkata dia mempunyai cara tersendiri untuk cepat menguasai bahasa negara tempat di mana dia membina kerjayanya sebagai seorang anak seni itu.

Kata bekas atlet Lawan Pedang mewakili Hong Kong ini mengakui dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan todak lahi menghadiri kelas formal selepas setengah tahun kerana dia menghadapi masalah untuk memahami bahasa Korea dengan cara seperti itu.

Namun dai punya iniasitif tersendiri iaitu mula menjalinkan hubungan cinta dengan gadis Korea. Ternyata usahanya berjaya apabila dia semakin fasih bertutur dalam bahasa tersebut berbanding masuk ke kelas pengajian.

"Saya harap semua orang, selepas mendengar rancangan ini, boleh mempertimbangkan untuk bercinta ... Sebenarnya, lebih penting ialah pertengkaran, bukannya 'berdating', katanya.

Walaupun pengurusannya JYP Entertaiment meletakkan syarat tidak boleh bercinta sepanjang tempoh di bawah kontrak, namun kata Jackso, dia menjalin hubungan cinta dengan pelatih JYP sebelum muncul menerusi debut dengan GOT7 pada tahun 2014.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.