Berita Terkini
recent

Erra puji Bella...

KEAKRABAN dan kemesraan terjalin antara pelakon Erra Fazira, 43, dengan isteri bekas suami, pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, mendapat pujian peminat.

Erra yang menggelar Bella sebagai bunda manis, berkongsi gambar kegembiraan mereka di Facebooknya pada hari Swimming Gala 2017 anaknya, Engku Aleesya, 8, baru-baru ini.

Erra ketika dihubungi Harian Metro berkata, Aleesya menjadi pengikat kasih mereka selain niatnya untuk mengeratkan silaturahim.

Katanya, Bella juga ibu Aleesya sekarang lebih baik jika mereka saling menjaga silaturahim.

“Tidak ada sebab kenapa perlu wujud jurang dan masalah antara kami. Bella sangat baik.

“Saya juga meletakkan diri di tempatnya apabila berhijrah ke Malaysia, tentu ingin diterima baik orang sekeliling. Begitu juga dia mengharapkan semua orang menerima dirinya,” katanya.

Dalam situasi sekarang, Erra mahu semua orang tenang dan damai dalam menjalani kehidupan.

“Saya mahu Aleesya hidup dalam keadaan harmoni dan penuh kasih sayang. Saya ada cara sendiri untuk menangani sesuatu perkara dan tidak perlu samakan dengan orang lain.

“Kita semua mempunyai pandangan, pengalaman dan kesesuaian jiwa berbeza. Paling penting, saya mahu melihat semua orang tenang dan damai,” katanya.

Kata Erra, sejak kali pertama berjumpa Bella dia yakin pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu mampu menjaga dan menjadi ibu yang baik untuk Aleesya.

Erra juga mengakui tidak kekok setiap kali melakukan aktiviti bersama Bella.

“Alhamdulillah setakat ini semuanya baik saja. Pada awalnya timbul juga kerisauan takut Bella tidak selesa.

“Saya sehabis baik menyakinkan dirinya bahawa saya sangat bahagia dia menjadi ibu Aleesya dan isteri Engku Emran.

“Saya mendoakan mereka hidup rukun dan damai bersama hingga ke jannah,” katanya.

Bella dan Emran atau Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, bernikah pada 8 September lalu di lokasi tertutup di ibu negara.

Terdahulu, Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai 18 Februari 2014.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.