Elfira habis RM10,000 dalam sejam

PELAKON Elfira Loy, 23, nyata tidak mampu menahan godaan apabila berbelanja sakan hingga habis RM10,000 hanya dalam sejam ketika berkunjung ke butik barangan kecantikan di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Katanya, dia tidak menyangka membeli barangan solekan sebegitu banyak selepas tiba di kaunter pembayaran.

“Saya pergi Los Angelas untuk menghadiri satu acara dan sempat masuk ke butik itu. Memang itu yang saya mahukan apabila pergi LA hinggakan dalam masa sejam, sempat beli macam-macam.

“Banyak yang saya habiskan dalam masa sejam tidak sangka bayar hampir RM10,000. Saya pun tak tahu kenapa boleh jadi macam ini. Apabila sampai ke kaunter tak boleh patah balik, terima sajalah,” katanya.



Elfira berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube, Twinkel TV yang kini mendapat lebih 225,000 tontonan.

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah mengatakan pelakon wanita itu bersikap boros.

Kata Elfira, ada beberapa barang yang dibelinya berdasarkan apa yang disarankan kepadannya dan ada juga yang dipesan orang terdekat.

“Barangan yang dibeli dengan harga agak tinggi antara RM600 hingga RM400 untuk satu barang,” katanya
Elfira habis RM10,000 dalam sejam Elfira habis RM10,000 dalam sejam  Reviewed by Kakigosip on 20:14:00 Rating: 5
Powered by Blogger.