Dulu Johan cepat melatah

PELAKON Johan Ariff Asa'ri, 31, pernah mengalami kejutan budaya akibat dihimpit populariti tidak diduga pada awal kemunculannya sebagai pelakon, enam tahun lalu.

Malah pelakon Juvana itu pernah bengang dengan media gara-gara kurang senang dengan tajuk berita mengenai dirinya dilabel sombong.

Johan atau Johan Ariff Asa'ri berkata, apabila diingatkan semula dia akui memang cepat melatah ketika itu hanya kerana tidak boleh menerima tajuk berita disiarkan.

Katanya, dia belajar daripada pengalaman serta faktor kematangan diri membuatkan dirinya sedar sebagai selebriti yang menjadi cermin kepada masyarakat perlu sentiasa berlapang dada.

“Saya seharusnya bersyukur dalam bentuk apa saja berita itu disiarkan, ia sebenarnya publisiti kepada diri dan kerjaya seni yang diceburi,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Johan, dia juga tidak terlepas dihimpit cerita sensasi membabitkan soal jodoh.

“Saya akui hingga ke saat ini, jodoh nampaknya belum berpihak kepada saya. Apapun, saya akur urusan jodoh milik Allah SWT.

“Bagi saya apa yang berlaku dulu dengan beberapa selebriti wanita yang terkait cinta adalah pengalaman hidup. Kini saya gembira mereka pun menemui bahagia,” katanya.

Johan juga mendoakan selebriti wanita itu kekal bahagia hingga akhir hayat dalam rumah tangga dibina.

“Pada saya, mereka adalah rakan dan mendoakan kebaikan buat mereka satu tangunggungjawab sesama manusia.

“Saya yakin apabila berjaya menjaga hubungan baik sesama manusia, Allah juga akan memberi rahmat kepada saya,” katanya.
Dulu Johan cepat melatah Dulu Johan cepat melatah  Reviewed by Kakigosip on 20:28:00 Rating: 5
Powered by Blogger.