Berita Terkini
recent

Dua maut, tujuh cedera nahas dua kereta

Dua termasuk seorang wanita maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Baru, Nenasi, Pekan petang tadi.

Kemalangan kira-kira jam 4.30 petang itu melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Honda. Accord.

Pengawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.38 petang tadi sebelum lima anggota dari Balai Bomba Nenasi bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi untuk operasi menyelamat mangsa terlibat.


Menurutnya, dalam kemalangan itu tujuh yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans manakala mangsa yang maut (tidak tersepit) diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Punca kemalangan dan identiti mangsa terlibat belum diperoleh setakat ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.