Berita Terkini
recent

Dua-dua ada pro dan kontra - Amerul Affendi

MEMILIH di antara bakat dan kepentingan media sosial, Amerul Affendi menyifatkan kedua-duanya ada baik dan buruknya.

Akuinya, lazimnya, kepentingan media sosial digunakan untuk mempromosikan sesebuah naskhah, sekali gus memerlukan artis yang mempunyai pengikut ramai.

“Ia betul dari satu segi tapi tak berapa sihat dari sudut yang lain.

“Ia betul apabila nak keluarkan sesebuah naskhah, biasanya stesen televisyen mahukan artis yang punya rupa, penampilan dan pengikut ramai.

“Tapi, yang tak bagusnya, penerimaan audiens. Betulkah audiens ini perlukan pelakon seperti itu?,” soalnya.

Bahkan katanya, ia menjadi tidak adil bagi pelakon lain yang lebih utamakan kualiti dan bakat berbanding bilangan pengikut di laman sosial.


“Bagus ada pengikut ramai dan bantu drama itu untuk dapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tak lagi pentingkan kualiti serta bakat.

“Tapi, oleh kerana yang keluarkan duit itu ada hak, jadi suka hatilah dia nak ambil siapa untuk berlakon melainkan penonton sendiri yang boikot.

“Saya pernah alami situasi itu. Tapi, ia tak pernah melemahkan semangat. Saya percaya, masih ada kawan-kawan yang nak buat kerja dengan saya,” katanya.

Amerul juga bakal muncul drama bersiri, Mandatori adaptasi novel thriller tulisan Ramlee Awang Murshid.

Ia bakal menemui penonton menerusi Astro First Eksklusif (480) dengan RM19.10, mulai 14 Disember ini.

“Sekarang, saya berlakon filem indie, Prebet Sapu karya Muzammir,” katanya.

Bina madrasah
Sebagai usaha menghidupkan aktiviti kesenian, Amerul juga dalam proses membina sebuah madrasah di kampung halamannya di Temerloh, Pahang, sejak pertengahan tahun lalu.

Katanya, kos pembinaan madrasah itu dianggarkan bernilai RM150,000.

“Saya bekerjasama dengan 40 sahabat berganding bahu bina madrasah ini guna dana sendiri.

“Hampir 60 peratus siap dan kita jangka  siap penuh pertengahan 2018,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.