DSV masuk kelas vokal, persediaan single kedua

MENGAKUI tidak pandai menyanyi, pengasas kecantikan glamour Datuk Seri Vida bersedia untuk memasuki kelas vokal bagi mengasah bakatnya. 

"Masa di Gegar Vaganza final hari tu, saya memang tahu saya nyanyi ke laut.  Muzik kena ikut saya, bukan saya ikut muzik. Banyak peraturan saya ni (ketawa).

"Jadi insya-ALLAH selepas ini boleh masuk kelas vokal. Nak cari di mana suara dan key yang sesuai. Susah sebenarnya nak jadi penyanyi ni tau," jelasnya yang dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini. 


Menjelaskan lebih lanjut, Vida memberitahu bahawa sebenarnya beliau dalam persediaan dan perancangan untuk muncul dengan single kedua. 

"Ada beberapa lagu yang orang dah beri pada saya.  Saya sedang nyanyi-nyanyi dulu.  Kalau cepat melekat di hati  maka saya rasa sesuai dah tu. 

"Tapi dalam masa yang sama, saya juga akan pastikan orang lain dengar.  Tak mahulah jadi macam syok sendiri pula nanti," katanya. 


Bercerita mengenai klip video I Am Me yang menelan belanja besar yang tidak begitu berjaya menarik perhatian orang ramai. 

"Tersasar, ada something wrong somewhere," ujarnya kecewa. 

Ditanya pula mengenai menceburi bidang lakonan, Vida bertegas mengatakan tidak berminat berlakon.

"Tak mahu la berlakon, penat.  Macam klip video I Am Me, buat dua hari, macam-macam gaya saya kena buat tapi keluarnya sedikit sahaja, penat. 

"Lepas tu kalau ada skrip memang saya tak mahu... Terbit filem insya-ALLAH," katanya lagi.
DSV masuk kelas vokal, persediaan single kedua DSV masuk kelas vokal, persediaan single kedua Reviewed by Kakigosip on 07:06:00 Rating: 5
Powered by Blogger.