Doa Saharul dimakbulkan

PELAKON Saharul Ridzwan, 28, terharu apabila doanya untuk melihat anaknya, Muhammad Luth Ali menyebut ‘Allah’ sebagai perkataan pertama, dimakbulkan.

Katanya, dia pernah memberitahu isteri, Qaabila Deena Emir ketika di Tanah Suci mengenai harapannya mahu anak mereka nanti menyebut kalimah 'Allah' sebagai perkataan pertama.

“Subhanallah, doa saya dimakbulkan. Saya terkejut apabila perkataan pertama yang disebut Ali adalah 'Allah'.

“Alhamdulillah ia berlaku ketika usianya baru menjengah enam bulan. Isteri saya dapat merakam detik manis ini apabila Ali menyebut 'Allah' usai mendengar azan Asar,” katanya kepada Harian Metro.

Sebagai bapa, Saharul atau Mohd. Saharul Ridzwan Hashim akui mahukan yang terbaik dan bercita-cita tinggi untuk masa depan anaknya yang dilahirkan pada 6 Jun 2017.

“Saya mengimpikan Ali mampu menjadi penghafal Al Quran atau hafidz. Sejuk hati ibu bapa andai anaknya mampu menghafal Al Quran.

“Justeru, setiap malam sebelum tidur saya atau isteri akan memperdengarkan surah Al-Fatihah dan zikir buatnya. Saya juga akan mengalunkan surah sebelum dia terlelap,” katanya.

Momen indah itu dikongsi Saharul di laman Instagram miliknya. Perkongsian video yang memperlihatkan Ali menyebut kalimah Agung itu mendapat maklum balas positif daripada peminat dan merasakan anak Saharul antara yang bertuah menyebut nama yang begitu istimewa.
Doa Saharul dimakbulkan Doa Saharul dimakbulkan Reviewed by Kakigosip on 20:11:00 Rating: 5
Powered by Blogger.