Berita Terkini
recent

Disney Setuju Beli Fox RM214 bilion

Walt Disney Co bersetuju membeli aset utama filem dan televisyen 21st Century Fox milik Rupert Murdoch dengan harga AS$52.4 bilion (RM214 bilion) bagi menghadapi saingan perang huburan internet, termasuk Netflix.

Melalui pembelian itu, Disney memiliki sejumlah filem Hollywood terbitan Fox dan studio televisyen seperti 'X-Men', 'Avatar' dan 'The Simpsons' serta FX Networks dan National Geographic.

Disney juga memiliki, rangkaian hiburan kabel dan perniagaan televisyen antarabangsa Fox.

CEO Disney, Robert Igert dan pemilik 21st Century Fox, Rupert Murdoch - kredit foto AgensiCEO Disney, Robert Igert dan pemilik 21st Century Fox, Rupert Murdoch - kredit foto Agensi

Berikutan itu, Murdoch, 86, dan dua anak lelakinya akan memfokus media lain dalam kumpulan mereka, termasuk rangkaian penyiaran Fox, Fox News Channel dan saluran sukan.

Berikutan itu, CEO Disney, Robert Iger, yang sepatutnya bersara pada 2019, akan terus memegang jawatan itu sehingga 2021.

Langkah Disney membeli arkib filem Fox dilihat sebagai usaha menghadapi Netflix dan Amazon serta media sosial lain, termasuk Facebook dan Apple, yang akan menawarkan 'streaming'.

Disney yang memiliki rangkaian televisyen ABC, ESPN dan studio utama di Hollywood, sedang bersiap melancarkan perkhidmatan streaming

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.