Dikecam netizen: Aliff Syukri, Sajat tetap tenang

PELAKON Lisa Surihani kagum dengan kesabaran dua jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Kamarzaman dan Nur Sajat yang tetap tenang walaupun dikecam dengan hebat oleh netizen.

Isteri Yusry KRU itu berkata, kedua-duanya hanya pekakkan telinga dan buat tidak tahu terhadap semua kecaman itu.

"Walaupun asyik kena kecam sahaja tapi mereka nampak macam rileks dan tahu bagaimana nak 'handle' unsur negatif itu.

"Saya percaya setiap individu mempunyai cara masing-masing untuk tangani cabaran dalam hidup  dan kekuatan untuk terima kecaman demi kecaman orang tu memang saya 'respect'.

"Mereka hanya 'move on' dan teruskan kerja mereka," katanya ketika ditemui di Sidang Media Abang Nak Tegur 2.0 di Flora Terrace, semalam.

Sebelum ini, Aliff Syukri dan Sajat dikecam hebat apabila  lagu bertajuk Abang Nak Tegur mendapat 'dislike' paling banyak di Youtube.

Dalam pada itu, beliau juga  sudah ke Sepanyol bagi membuat penggambaran klip video bersama Nur Sajat selama 10 hari di bawah arahan Yusry Abdul Halim.

Sementara itu, Lisa yang juga merupakan penolong pengarah muzik video tersebut  turut mengatakan bahawa amat mudah untuk bekerja dengan kedua-dua jutawan kosmetik tersebut.

"Senang kerja dengan mereka dan buat sahaja apa yang diminta, dari situ boleh nampak komitmen dan kesungguhan mereka," katanya lagi.
Dikecam netizen: Aliff Syukri, Sajat tetap tenang Dikecam netizen: Aliff Syukri, Sajat tetap tenang Reviewed by Kakigosip on 11:55:00 Rating: 5
Powered by Blogger.