Dazrin belum sedia kongsi jantina anak

BAKAL bergelar bapa, Dazrin Kamarudin bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi jantina bakal bayinya itu.

Ini kerana, selebriti berusia 29 tahun ini beranggapan masih terlalu awal untuk berkongsi kepada umum mengenai perkara tersebut.

“Alhamdulillah, saya dan isteri dah tahu jantina bayi, tapi biarlah dulu. Lagipun, masih terlalu awal untuk dikongsi.

"Tunggulah, apabila tiba masanya nanti,” katanya Sinar Harian ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan terbaru restoran Pak John Steamboat & BBQ di Putrajaya, hari ini.

Kini, isterinya Nur Fazulin Razali hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada April nanti.

Dek rasa teruja, pelakon drama bersiri Cinta Pandang Kedua ini turut berkongsi mengenai persiapan yang dilakukan.

Bahkan, sebagai tanda sayang, Dazrin melakukan sendiri pengubahsuaian dan dekorasi bilik untuk bayinya nanti.

"Saya seronok sangat bila dapat tahu isteri hamil.

"Jadi, sebagai persediaan awal, saya siapkan dekorasi bilik anak kami. Istimewanya, saya sendiri yang melakukan kerja-kerja itu seperti mengecat dan memilih wallpaper.

"Bagi saya, hasil kerja tangan sendiri akan lebih dihargai dan diingati berbanding mengupah orang," katanya.

Pada masa sama, pelakon drama bersiri Adam & Hawa ini bersyukur apabila mendapat sokongan penuh daripada keluarga tercinta.

"Family saya pun sangat supportive. Macam adik saya yang kini berada di Amerika Syarikat, dia selalu memberi barangan bayi di sana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dazrin dan isterinya serta pereka, Anas Abdullah baru sahaja melancarkan bisnes pakaian melalui jenama DK Collections
Dazrin belum sedia kongsi jantina anak Dazrin belum sedia kongsi jantina anak Reviewed by Kakigosip on 07:05:00 Rating: 5
Powered by Blogger.