Dapat Komen Lucah Kerana Swafoto Ketika Menyusukan Anak

Menerusi laporan Kosmo! baru-baru ini sekeping gambar bekas pengacara program Disney Channel Asia iaitu Azura Zainal sedang menyusukan anak sulungnya tersebar di internet.



Gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, @zurrs itu menerima pelbagai reaksi netizen. Rata-rata berpendapat pengacara dan penyampai radio itu tidak sepatutnya berswafoto ketika menyusukan anaknya kerana dianggap memalukan.

Antara komen tersebut, "Perlu ke masa menyusu nak selfie?", "Kenapa mahu muat naik gambar ini?, "Tidak segan ke?’

Malah, ada juga netizen yang melampau dengan menulis komen berbaur lucah.

Bagaimanapun, ada juga peminat Azura yang puji dengan semangat pelakon itu yang tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu walaupun sibuk dengan karier sebagai anak seni.
Dapat Komen Lucah Kerana Swafoto Ketika Menyusukan Anak Dapat Komen Lucah Kerana Swafoto Ketika Menyusukan Anak Reviewed by Kakigosip on 11:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.