Damailah di sana

JENAZAH bekas penyanyi, Raja Noor Saadah selamat dikebumikan jam 11.30 pagi, hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bandar Sri Putra, Bangi.

Arwah yang juga seorang ahli perniagaan produk kosmetik jualan langsung jenama terkenal adalah bekas isteri kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam.

Beliau meninggal dunia semalam pada usia 69 tahun selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Bandar Sri Putra.

Suami arwah, Datuk Mahayuddin Mohd Yasin dihubungi berkata, ketika kejadian isteri bersama anak perempuan tunggal mereka di rumah.

"Ketika kejadian anak tidak perasan isteri ada di rumah. Dia sangka isteri ikut saya keluar. Kejadian berlaku tengah hari ketika isteri mahu mengambil wuduk solat Zuhur.

"Saya keluar bertemu ayah sedang uzur. Apabila sampai di rumah lebih kurang 9 malam saya lihat keadaan isteri sudah tertiarap di lantai," katanya.

Mahayuddin berkata, ketika dia menghampiri jasad isteri, muka sudah lebam dan kaku.

"Saya menghubungi ambulans dan apabila sampai mereka mendapati isteri sudah tidak bernyawa dan difahamkan sudah meninggal dunia selama beberapa jam.

"Sebelum kejadian isteri tidak mengalami sebarang penyakit lain cuma beberapa hari ini dia ada mengadu sakit dada dan minta saya tolong urut," katanya.
Damailah di sana Damailah di sana  Reviewed by Kakigosip on 20:16:00 Rating: 5
Powered by Blogger.