Daiyan Nafi Sengaja Cetus Gosip Cinta

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha mengakui hubungannya dengan Hafeez Mikail mula akrab sejak mereka mula menjalani penggambaran filem Busker, tahun lalu.

Namun, gadis berusia 24 tahun ini menyangkal dakwaan mengatakan ia sengaja mencetuskan gosip bercinta pelakon lelaki itu sebagai strategi mempromosikan filem itu.

"Kami memang selalu keluar bersama. Hubungan baik ini bukan baharu. Sejak mula mengikuti sesi bacaan skrip dan kemudian ‘berkampung’ di Johor selama hampir sebulan, kami terus serasi.

“Boleh dikatakan persahabatan kami terjalin dengan erat selepas penggambaran Busker berakhir apabila saling berhubung. Malah, kami kerap berkongsi cerita.

“Hafeez juga suka muzik dan kami memang ‘sekepala’. Banyak perkara kami boleh bualkan sampai berjam-jam,” katanya BH online.
Daiyan Nafi Sengaja Cetus Gosip Cinta Daiyan Nafi Sengaja Cetus Gosip Cinta Reviewed by Kakigosip on 11:55:00 Rating: 5
Powered by Blogger.