Dah sebulan tak jumpa Elfira

PENYANYI Sufian Suhaimi mengambil pendekatan untuk tidak kerap berjumpa dengan tunangnya yang juga pelakon, Elfira Loy, 23.

Ia sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan hubungan mereka bermasalah kerana jarang dilihat memunaik gambar bersama sejak bertunang pada 6 Oktober lalu.

Sufian, 25, berkata, dia sudah sebulan tidak berjumpa Elfira namun mereka masih berhubung antara satu sama lain.

"Kami okey dan tak ada sebarang krisis pun. Cuma, selepas bertunang kami mengambil pendekatan untuk tidak kerap berjumpa. Nanti orang mengata macam-macam pula. Disebabkan itu, orang tak nampak gambar kami bersama di Instagram masing-masing.



"Sebenarnya, sudah sebulan kami tidak berjumpa. Namun, setiap hari kami berhubung. Lagi pula tidak wajib untuk berjumpa kan? Tidak berjumpa bukan bermaksud tak sayang dan rindu. Apa yang penting adalah saling memahami dan percaya," katanya kepada Harian Metro.

Sufian berkata, sejak bertunang dia dan Elfira tidak berdepan sebarang dugaan melainkan hanya kata-kata daripada orang sekeliling.

"Dugaan bertunang tidak semestinya jatuh kepada pasangan yang nak berkahwin. Alhamdulillah, kami dijauhkan perkara yang tak diingini. Kalau ada pun, ia bukan daripada kami tetapi lebih kepada orang sekeliling.

"Diakui, kami semakin matang untuk berdepan situasi ini. Pendek kata, saya dan El sangat memahami dan menyayangi," katanya.

Sufian juga mengakui belum membuat sebarang persiapan perkahwinan meski majlis mereka disebut-sebut bakal berlangsung pada Mac tahun hadapan.

"Bulan Mac hanya idea daripada kami. Sebenarnya, belum ada tarikh ditetapkan. Tambahan pula, sepanjang dua bulan ini saya sibuk menyiapkan thesis, jadi ia antara sebab kenapa belum ada sebarang persiapan.

"Kalau ikutkan thesis ini siap pada Mei lalu, tetapi saya tangguh satu semester. Disebabkan itu, saya kena juga habiskan pengajian tahun ini. Sekarang ini saya masih menuggu maklum balas daripada penyelia," katanya.
Dah sebulan tak jumpa Elfira Dah sebulan tak jumpa Elfira Reviewed by Kakigosip on 20:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.