Berita Terkini
recent

Chef Zam Kesal Ditipu Penerbit Program Jualan Langsung TV

Chef selebriti popular, Chef Zam mendakwa ditipu penerbit program jualan langsung televisyen apabila tidak menjelaskan sebahagian bayaran atas khidmatnya sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, pakar masak berusia 47 tahun itu berkata, bayaran hasil mengacara program memperkenalkan produk dalam jualan langsung itu tidak dibayar sejak hampir enam lalu. Beberapa kali dia cuba menghubungi penerbit itu namun gagal.

Tidak puas hati dengan penerbit itu, Chef Zam menghubungi syarikat yang mengupahnya dan meminta bayaran mengacara program dihasilkan. Bagaimanapun beliau hanya mendapat separuh sahaja bayaran daripada jumlah yang sepatutnya diterima.

"Saya tidak tahu mengapa dia bertindak begitu tapi rasanya mungkin disebabkan saya membatalkan khidmatnya untuk menerbitkan program yang terbitkan, Biscotti, 10 jam sebelum penggambaran dimulakan.

"Saya mengambil tindakan itu selepas mendapat penjelasan daripada syarikat yang menerbitkan program masakan dari Korea itu," katanya.

Chef Zam berkata beliau tidak kisah jika penerbit yang dikenali itu berterus-terang kepadanya mengatakan sudah menggunakan baki wang yang sepatutnya dibayar kepadanya.

“Sebagai kawan, saya tidak kisah kalau dia menjelaskan apa yang berlaku. Cakaplah apa masalah dia, mungkin saya boleh halalkan wang itu.

“Bagaimanapun, caranya itu membuatkan saya geram. Dunia hiburan ini kecil dan baru-baru ini saya terserempak dengannya. Kasihan juga melihatnya seperti cuba melarikan diri apabila nampak kelibat saya. Sudahnya dia yang tidak selesa.

“Hendak kata dia kini kaya dengan hasil penipuan tidak juga kerana hidupnya tidak aman,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.