Cef Wan Disoal Siasat

Selebriti dan tukang masak terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Cef Wan telah membuat laporan polis selepas kenyataannya di media sosial telah disalah erti oleh sebuah portal berita baru-baru ini.



Lapor Kosmo!, Cef Wan, 60, membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) pada petang semalam kerana mendakwa artikel yang dikeluarkan portal tersebut telah menjejaskan reputasinya.

Antara lain, laporan berkenaan memutarbelit kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di Instagram berkenaan isu politik.

Cef Wan turut memaklumkan beliau dipanggil sekali lagi ke Balai Polis Jalan Travers untuk menjalani proses soal siasat.

"Selepas melakukan laporan polis di Balai Polis TTDI sebelah petang, sekali lagi saya dipanggil ke Balai Polis Jalan Travers pada pukul 8 malam semalam untuk disoal siasat.

"Kes saya ini dikategorikan sebagai jenayah dan jika benar perbuatan pihak tersebut didapati salah, mereka boleh ditangkap.

"Apa yang saya buat ini demi menuntut keadilan supaya mereka sedar akan kesalahan dilakukan. Jika kita berkata jujur, tiada apa yang perlu ditakutkan," tulisnya.

Beberapa hari lalu, Cef Wan memuatnaik sekeping gambar baju t-shirt yang tertera perkataan 'All I want for Christmas is a new Prime Minister'.

Gambar tersebut disertai dengan kapsyen yang antara lain menyentuh tentang pengalamannya dilamar oleh sebuah parti politik untuk menyertai kempen.

Bagaimanapun, Cef Wan menolak untuk menyertai mana-mana kempen kerana tidak mahu dipergunakan oleh pihak tertentu selain berkata dunia politik adalah kotor.
Cef Wan Disoal Siasat Cef Wan Disoal Siasat Reviewed by Kakigosip on 11:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.