'Bukan saya tapi ibu'


PELAKON Nazrief Nazri, 26, menafikan bertunang dengan kekasih hati, Aizatul Aqma; 23, semalam sebagaimana hangat diperkatakan.

Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri berkata, majlis yang berlangsung di rumah pakciknya di Sentul, Kuala Lumpur itu adalah pernikahan ibunya, Radziah Idris, 50.

“Cerita pertunangan ini hanya salah faham apabila ada antara teman yang hadir di majlis itu memuat naik gambar dan mengucapkan tahniah tanpa menyatakan secara terperinci untuk apa ucapan itu.

“Ia hanya salah faham sedangkan rakan-rakan mengucapkan tahniah sebab saya dapat bapa baru. Cuma dalam laman Instagram mereka tidak nyatakan dan ayat seperti tergantung.

“Tambah pula sewaktu majlis berlangsung, saya berpakaian lengkap baju Melayu menyebabkan ramai percaya saya bertunang semalam,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Nazrief, dia dan Aqma belum merancang untuk bertunang mahupun berkahwin dalam masa terdekat walaupun mereka berkenalan hampir sembilan bulan.

“Soal tunang dan kahwin nantilah dulu. Bagi kami stabil dari sudut kewangan. Lagipun Aqma baru saja memulakan perniagaan dan saya sendiri masih mencari tapak untuk mengembangkan bakat dalam pelbagai bidang seni.

“Cuma kepada peminat, doakan yang baik-baik buat saya dan Aqma. Selebihnya saya serahkan kepada jodoh,” katanya.
'Bukan saya tapi ibu' 'Bukan saya tapi ibu' Reviewed by Kakigosip on 07:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.