Bukan orang ketiga kata Bella

"SAYA kenal Andi Bernadee dua bulan selepas putus tunang. Dia hanya teman rapat dan rakan sekerja," kata pelakon dan penyanyi Bella Nazari, 30, menepis dakwaan penyanyi meningkat naik itu sebagai punca perpisahan dengan bekas tunangnya.

Kata pelakon yang membintangi drama Shh... I Love You itu, spekulasi berkenaan mungkin timbul kerana dia selalu dilihat muncul bersama dalam mana-mana acara dan saling bertukar komen di laman sosial Instagram.

"Saya putus tunang pada bulan Mac lalu dan tidak pernah beritahu sesiapa pun mengenai hal itu. Perkara terbabit hanya diketahui oleh keluarga dan teman rapat.

"Saya dan bekas tunang putus bukan putus disebabkan orang ketiga. Kami masih bersahabat baik dan saya harap orang tidak kaitkan lagi perpisahan kami disebabkan orang ketiga.

"Sekali pun pada masa akan datang andai jodoh saya dengan Andi, dia tetap bukan orang ketiga yang menjadi punca saya putus tunang," tegasnya.

Tambahnya lagi, dia tidak sangka isu berkenaan kembali diperkatakan kerana sebelum ini namanya pernah dikaitkan dengan seorang pelakon baru.

"Saya perlahan-lahan 'move on' dan cuba bina hidup baru. Saya belajar berdikari dan fokus pada bidang nyanyian dan tidak berhenti untuk terus mempromosikan lagu saya berjudul Oh Cintaku," katanya.

Terdahulu, nama Andi Bernadee dipetik oleh netizen sebagai punca perpisahan Bella dengan tunangnya.

Bagaimanapun, khabar angin berkenaan turut dinafikan oleh penyanyi yang tular dengan lagu 'cover' Tak Tun Tuang itu.
Bukan orang ketiga kata Bella Bukan orang ketiga kata Bella Reviewed by Kakigosip on 14:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.