Berita Terkini
recent

Bukan mahu menunjuk...

PELAKON Mawar Rashid, 22, menafikan aksi mesra melayan dua anak tiri bersama suami, Raf Yaakob di laman sosial sekadar menunjuk.

Mawar yang berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, 9 November lalu menyifatkan ia tuduhan tidak berasas.

Katanya, dia memang rapat dengan anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan, 6, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 2.

“Bagi yang mengenali saya, pasti tahu saya sukakan kanak-kanak dan sangat rapat dengan tujuh anak buah saya.

“Apabila menerima Raf sebagai suami, saya sentiasa berdoa diterima baik anaknya. Alhamdulillah doa saya dikabulkan.

“Saya menganggap mereka anak sendiri dan sangat gembira bersama mereka.

“Apa yang pasti saya ikhlas menyayangi mereka. Ia bukan dibuat-buat. Keikhlasan itu biarlah antara saya dan Allah saja tahu. Orang lain tiada hak menilai saya,” katanya.

Kata Mawar, dia sebolehnya tidak mahu memikirkan tanggapan negatif itu dan menikmati fasa baru hidupnya bersama suami dan anak tiri.

“Memang saya baca komen yang tidak patut di media sosial. Cara terbaik ialah abaikan saja semua itu kerana apa yang penting kebahagiaan saya.

“Jujur, saya sangat bahagia sekarang dan lebih teruja apabila dapat menjadi ibu. Mereka pun selesa dengan saya hingga kadang-karang lebih banyak melekat bersama saya berbanding Raf,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.