Berita Terkini
recent

Budak Paling Cantik di Dunia Ini Dipuji dan Dikritik

Usianya baru enam tahun. Berasal dari Rusia. Kanak-kanak perempuan bernama Anna Knyazeva ini diiktiraf sebagai 'kanak-kanak paling cantik di dunia'.

Knyazeva mencuri perhatian pengguna media sosial dek raut wajahnya yang cantik bak anak patung. Lebih-lebih lagi dia memiliki sepasang anak mata berwarna biru.

Lapor Daily Mail, Knyazeva baru-baru ini telah menandatangi kontrak dengan sebuah agensi peragaan.

Akaun sosial Instagram miliknya yang diuruskan oleh ibunya juga sudah mempunyai mencecah hampir sejuta pengikut. Foto-foto Knyazeva sering dimuat naik oleh ibunya sejak Julai tahun 2015 dan ketika itu usianya empat tahun.

..

Antara komen pengguna media sosial seperti, "Kamu adalah kanak-kanak paling indah pernah saya lihat". "Saya fikir anda merupakan kanak-kanak paling cantik di muka bumi ini".

Namun Knyazeva bukanlah orang pertama pernah dilabel “kanak-kanak paling cantik”, sebelum ini seorang lagi, Kristina Pimenova yang juga berasal dari Rusia mendapat gelaran yang sama pada tahun 2014.

Paling diingati dan ikonik adalah model Perancis, Thylane Blondeau yang pernah menjadi tajuk berita utama di majalah Vogue Paris ketika berusia 10 tahun.

Walaubagaimanapun, gelaran tersebut tak kurang mendapat kecaman sesetengah pihak yang merasakan ia sangat merepek dan tidak masuk dek akal.

Ada juga yang berpendapat, gelaran tersebut hanya akan menambah tekanan kepada para gadis muda dan wanita lain untuk memenuhi 'standard' kecantikan yang sudah ditetapkan seperti berkulit putih bersih, rambut panjang dan kurus.

Selain itu, ada pihak yang tidak bersetuju apabila ibu kanak-kanak ini membenarkan anaknya menjadi model kerana usianya masih terlalu muda dan sewajarnya dia menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak biasa.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.