Berita Terkini
recent

“Buat Apa Nak Menyibuk” - Didie Alias

KEMUNCULAN pelakon dan pengacara Didie Alias ke acara karpet merah majlis anugerah atau program hiburan sentiasa dinanti-nantikan kerana sering tampil dengan gaya unik.

Bagaimanapun semenjak akhir-akhir ini, kelibat Didie yang mendapat jolokan Lady Gaga Malaysia itu jarang dapat dilihat menghadiri mana-mana majlis hiburan.

Menjelaskan situasi itu, Didie berkata, dia tidak menghilang sebaliknya jarang membuat kemunculan di khalayak kerana tiada jemputan daripada pihak penganjur.

"Sebenarnya memang saya sudah jarang menghadiri majlis hiburan atau anugerah kerana tiada jemputan daripada penganjur.

"Mungkin juga disebabkan saya tidak mendapat pencalonan jadi sebab itu saya tidak dijemput dan buat apa pula saya hendak menyibuk.

"Ada juga yang bertanya mana saya menghilang tetapi sebenarnya saya ada sahaja cuma sibuk dengan perkara lain," katanya.

Dalam pada itu, Didie atau Fadzilah Mohd Ali, 43, berkata, kesibukan menguruskan Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 juga menjadi penyebab dia sudah jarang menghadiri majlis hiburan atau pun berlakon.

Kata Didie, tanggungjawab menguruskan festival itu memerlukan perhatian penuh memandangkan program itu diadakan di seluruh Malaysia.

"Memang saya sibuk dan terlalu fokus dalam bidang pengurusan acara selain ada juga membuat kerja pengacara pada majlis-majlis tertutup.

"Alahmadulillah saya seronok dengan apa saya buat sekarang kerana ia memberi pengalaman baru kepada saya," jelasnya.

Bercakap mengenai Lefestour, Didie memberitahu ia adalah acara penutup bagi 2017 selepas menjelajah ke 10 buah negeri di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini.

Menariknya kata Didie, selain menampilkan lebih 200 usahawan dalam talian yang menawarkan pelbagai barangan, pihaknya turut menjemput seramai 30 selebriti bagi memeriahkan acara.
"Lain mengenai Lefestour yang terakhir ini, kami akan anjurkan sebuah pertunjukan fesyen dalam dewan yang terpanjang menerusi koleksi pereka fesyen Azhar Zainal.

"Kami juga akan menampilkan barisan model terkenal di pentas peragaan nanti seperti Nasha Aziz, Amber Chia, Tini dan penampilan istimewa Datuk Rosyam Nor," katanya.

Festival beli-belah itu bakal diadakan selama tiga hari pada 8 hingga 10 Disember depan bertempat di Melaka International Trade Centre (MTIC) Melaka.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.