Berita Terkini
recent

Beri Rakan RM4,078,469 Tanda Balas Budi

Aktor terkenal George Clooney mempunyai cara sendiri bagaimana untuk memanfaatkan kekayaannya. Tidak kedekut malah figura berusia 56 tahun ini pernah menghulurkan bantuan keewangan bagi membantu beberapa sahabat.



Sikap dermawan George Clooney didedahkan seorang sahabatnya, Rande Gerber ketika di temubual sebuah program TV baru-baru ini.

Ahli perniagaan tersebut berkata, suami kepada Amal Alamuddin itu pernah memberi US$1 juta (kira-kira RM4,078,469) kepada 14 orang rakannya.

Kata Rande, George menjemput dia dan rakan lain datang ke rumah untuk menikmati makan malam dan pada malam itu bintang filem Money Monster itu membuat kejutan dengan memberikan mereka sekeping sampul berisi wang.

"Kami punya kumpulan sahabat bernama 'The Boys'. George memanggil saya dan The Boys, "Semua datanglah ke rumah saya untuk makan malam pada 27 September 2013. Catat di kalendar kamu semua.

"George kemudian berkata,

"Saya ingin tahu betapa kamu semua sangat bererti bagi saya. Saya tiba di Los Angeles dan tidur di sofa kamu. Saya sangat beruntung mempunyai sahabat seperti kamu semua, dan saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada saya tanpa kamu semua.

"Jadi selama kita masih bersama, saya ingin membayarnya'," katanya.

Saat membuka sampul tersebut, Rande Gerber dan kawan lain sangat terkejut apabila mengetahu isinya. Bukan itu saja, George Clooney juga mengaku telah membayar semua hutang piutang para sahabatnya.

"Inilah George yang sebenarnya. Saat itu 27 September 2013. Dan pada 27 September 2014, dia berkahwin dengan Amal. Karma yang bagus," tutur Rande.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.