Berita Terkini
recent

Berapa banyak hendak promosi...

PELAKON utama drama Misi Laksa Dan Laksam, Aqasha mengakui ada membantu promosi drama itu ketika disiarkan di Tonton beberapa bulan sebelum tayangan sebenar di TV3.

Aqasha sekali gus menafikan dakwaan mengatakan dia tidak mempromosikan drama 20 epsisod itu di laman sosial miliknya.

“Berapa kali nak promosi pun saya tak tahu. Saya juga tidak fikir promosi di laman sosial saya banyak membantu jumlah tontonan.

“Melainkan jika jumlah pengikut saya di laman sosial diambil kira. Kalau saya bercakap lebih, bimbang nanti dikatakan melampaui batas penerbit pula.

“Dalam kontrak saya dibayar untuk lakonan dan perkara ini saya lakukan dengan baik berdasarkan tuntutan watak dan naskhah,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penerbit drama, Fadzil Teh kecewa terhadap pelakon Misi Laksa Dan Laksam yang tidak membantu mempromosikan drama itu di laman sosial mereka.

Fadzil memuat naik status meluahkan rasa kecewanya di laman Facebook yang disifatkan tidak mahu menyokong produk sendiri.

"Kita tak mau ambil dah artis yang tak mau sokong produk sendiri. Minta promosi pun tak mau. Duit nak mahai," tulis Fadzil di laman Facebook miliknya.

Kata Aqasha, dia bersetuju jika syarat mempromosikan drama menerusi laman sosial masing-masing dimasukkan dalam kontrak.

“Kalau perkara ini ingin dilaksanakan, penerbit perlu masukkan dalam kontrak. Jangan salahkan artis kalau tidak mempromosikan drama lakonan mereka.

“Hakikatnya, pelakon memberikan sepenuh komitmen berdasarkan tugas mereka ketika di lokasi,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.