Belum Sedia Tamatkan Zaman Janda

Pengalaman gagal dua kali dalam perkahwinannya sebelum ini telah mengubah pelakon Sabrina Ali, 37, menjadi seorang yang lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup agar episod duka tidak berulang buat kali ketiga.



Memetik laporan Kosmo!, Sabrina berkata meskipun status ibu tunggal yang dipikul sejak empat tahun lalu merupakan satu tanggungjawab yang mencabar namun buat masa ini dia belum bersedia mencari suami demi fokus kepada tiga cahaya matanya.

"Bergelar ibu tunggal sangat mencabar lebih-lebih lagi pada zaman serba moden ini. walau bagaimanapun saya tetap bersyukur dan alhamdulillah, setakat ini hidup saya dan anak-anak berjalan lancar

"Buat masa sekarang saya belum bersedia ke arah itu kerana mahu menikmati saat-saat bahagia melihat anak-anak membesar di depan mata.

"Semuanya saya serahkan mengikut aturan dan ketentuan Tuhan. Kalau ada jodoh dan masanya sudah sampai, saya akan terima seadanya. Tetapi saya tidak pernah meletakkan suatu had masa atau tempoh untuk menamatkan zaman janda.

"Cuma apabila terlalu lama hidup solo, jadi saya menjadi lebih memilih untuk mencari pasangan hidup memandangkan dua kali perkahwinan sebelum ini gagal," katanya.

Sabrina dikurniakan seorang anak perempuan, Ariana, 10, dan dua orang anak lelaki iaitu Syed Aryan Khan, 6, dan Syed Adrian Khan, 4.

Mengenai perkembangan seni, Sabrina bakal muncul menerusi filem terbaharu berjudul Makrifat Cinta akan memasuki pawagam pada Februari tahun depan. Kemudian, filem KL Special Force yang akan ditayangkan kemungkinan pada April, juga tahun depan.

Belum Sedia Tamatkan Zaman Janda Belum Sedia Tamatkan Zaman Janda Reviewed by Kakigosip on 15:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.