Baru 18 Tahun, Brooklyn Beckham Bertunang Dengan Chloe?

Sejak kebelakangan ini anak teruna sulung David Beckham iaitu Brooklyn Beckham dan kekasihnya pelakon Chloe Moretz kerap mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

Terbaharu menerusi foto mesra yang di kongsi pasangan selebriti muda ini mengundang kekecohan kalangan pengguna media sosial.

Pada foto tersebut, menunjukkan Chloe Moretz dan Brooklyn Beckham memakai cincin yang serupa. Bahkan, ada tulisan inisial nama mereka di tengah-tengah cincin tersebut.

Bukan itu saja, terdahulu Chloe Moretz juga memuat naik sekeping foto Brooklyn Beckham berserta kapsyen 'I Will'.

Posting tersebut sekaligus menimbulkan spekulasi bahawan pasangan ini sudah bertunang.

Kamu berdua bertunang?" tulis salah seorang netizen.

"Saya turut bahagia untuk kamu berdua," tambah seoorang lagi.

..



Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi Brooklyn mahupun Chloe Moretz mengenai gosip pertunangan mereka.

Brooklyn baru berusia 18 tahun merupakan seorang model dan meminati dunia fotografi. Hasil bidikannya sebelum ini pernah mencuri perhatian umum.

Sementara Chloe yang berusia 20 tahun popular menerusi filem lakonannya seperti Diary of a Wimpy Kid dan Let Me In.

Baru 18 Tahun, Brooklyn Beckham Bertunang Dengan Chloe? Baru 18 Tahun, Brooklyn Beckham Bertunang Dengan Chloe? Reviewed by Kakigosip on 21:16:00 Rating: 5
Powered by Blogger.