Bakal melahirkan anak lelaki

PENGACARA Jihan Muse, 34, mengumumkan bakal melahirkan bayi lelaki selepas menjalani imbasan ultrasound.

Berita gembira itu dikongsi Jihan pada sidang media program baru, Hi Mommy Jihan! petang tadi selepas dimaklumkan doktor peribadi mereka, Dr Norleen Mohd Salleh menerusi panggilan video.

Jihan yang kini hamil 33 minggu berkata, dia dan suami, Ungku Hariz, 32, tidak tahu mengenai jantina bayi mereka sehinggalah panggilan video berlangsung.

“Kami sebenarnya mahukan kejutan. Ada beberapa kawan yang sebelum ini hamil mengetahui jantina bayi mereka tetapi apabila bersalin, jantinanya berbeza.

“Jadi, timbul rasa kecewa dan saya lebih mahu ia menjadi kejutan buat kami berdua,” katanya kepada Harian Metro.

Jihan pada awalnya dijangka bersalin 6 Februari tahun depan, berkemungkinan besar bersalin bulan depan kerana saiz bayi dalam kandungannya besar.

Ungku Hariz berkata, dia sentiasa bersedia sekiranya isteri bersalin awal daripada tarikh jangkaan.

“Kalau dia bersalin di pentas akhir Gegar Vaganza pun, saya perlu sentiasa bersedia,” katanya.

Program Hi Mommy Jihan! mula ditayangkan di YouTube MeleTOP sejak seminggu lalu dan episod minggu pertama mencecah jumlah tontonan sehingga satu juta.
Bakal melahirkan anak lelaki Bakal melahirkan anak lelaki Reviewed by Kakigosip on 20:16:00 Rating: 5
Powered by Blogger.