Berita Terkini
recent

Baim tunggu tawaran

Selepas muncul dalam telefilem Untuk Terakhir Kali di Malaysia pada 2013, pelakon dari seberang, Baim Wong, 36, berharap dapat berlakon lagi di sini.

Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim menganggap itu peluang terbaik buat peminatnya di Malaysia menyaksikan lakonannya.

“Agak lama saya tidak beraksi di Malaysia, kali terakhir tahun lalu dalam filem arahan Erma Fatima.

“Teringin juga berlakon lagi di Malaysia tetapi belum ada peluang lagi,” katanya.

Baim berkata, baru-baru ini Erma ada menawarkannya menjayakan drama Mak Cun namun disebabkan pertindihan jadual dengan drama di Indonesia, dia terpaksa menolak.

“Ralat juga hati tapi apa boleh buat saya sudah ada komitmen lain.

“Harap selepas ini Erma dan pengarah lain sudi mengambil saya berlakon,” katanya.

Dalam perkembangan lain, drama terbaru Baim berjudul The Publicist sudah menemui penonton sejak 22 November lalu.

Drama bersiri dalam talian yang disiarkan di viu original itu turut dibintangi Prisia Nasution, Adipati Dolken dan Poppy Sovia.

Mempunyai 13 episod, lagu tema drama itu dinyanyikan penyanyi popular Indonesia, Marcell Siahaan berjudul Changing Lanes.

“Mungkin watak saya tidak berat dalam drama ini tetapi tetap mencabar apabila perlu jadi ahli politik.

“Saya tak berminat dengan dunia politik tetapi tak mustahil selepas menjayakan watak ini saya terbuka hati untuk mencuba,” katanya.

Selain itu, Baim turut menjayakan dua filem yang satu daripadanya sudah selesai penggambaran.

“Ada dua filem lakonan saya bakal menemui penonton namun belum boleh kongsi judulnya.

“Insya-Allah jika semuanya siap akan ada majlis pelancaran filem itu nanti,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.