“Baby... jangan keluar dulu ye sayang”

TINGGAL kurang lebih dua bulan sahaja lagi Lan Solo akan menimang cahaya mata keempatnya. Namun dalam menghitung hari itu, isterinya Nur Sheila Hassim terpaksa direhatkan di wad kerana mempunyai masalah dengan kandungannya.

Menurut Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, atas nasihat doktor, isterinya perlu berehat sahaja di katil untuk mengelakkan perkara lebih teruk berlaku.

“Sejak balik dari final Gegar Vaganza dua minggu lalu, isteri ada beritahu mengenai cairan yang keluar. Bila bawa ke hospital, doktor sahkan itu air ketuban.

“Jadi, dia terpaksa diwadkan dan memang kena rehat. Kalau berdiri atau berjalan, dikuathiri akan jadi perkara lain pula,” katanya sewaktu menjadi tetamu sinar Online untuk program FB live, hari ini.

Katanya lagi, sehingga kini, sudah lapan hari isterinya di hospital.

“Siapa tak risau tengok keadaan isteri kita, kan. Baby... tolong jangan keluar sekarang ye... daddy harap baby ikut jangkaan asal nanti ye,” katanya lagi.

Sheila dijangka bersalin pada Januari hadapan.

“Buat masa sekarang ni, siang saya kerja macam biasa, malam akan teman dia di wad.

“Anak-anak di rumah dengan bantuan keluarga mentua saya,” katanya.

Pasangan ini yang berkahwin pada 2009 sudah dikurniakan tiga cahayamata.
“Baby... jangan keluar dulu ye sayang” “Baby... jangan keluar dulu ye sayang” Reviewed by Kakigosip on 05:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.