Ayrahana Hijab Perfume: Tips Pemakaian Minyak Wangi Agar Tahan Lama


Terdapat beberapa cara yang boleh mengekalkan aroma indah tersebut:


Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian

Ada beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik.

Pertama, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian.

Kedua, jika kita menggunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita. Oleh sebab itu, bauan wangi akan kekal lebih lama berbanding sebelumnya.
Semburan bukannya menggosok

Sangat tak digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan mengosok boleh
menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza.

Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.

Di mana perlu menyembur minyak wangi?

Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan.

Kita disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut.

Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.

Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi

Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering.

Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama.

Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.

Simpan wangian di tempat yang betul

Lindungi minyak wangi daripada kelembapan, haba dan cahaya.

Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung.

Selain itu, digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.


Ayrahana Hijab Perfumes


HARGA KAMI :
4 Botol: RM55

Cara Pembelian AYRAHANA HIJAB PERFUME:
https://shopee.com.my/ayrahanahijab

Ayrahana Hijab Perfume: Tips Pemakaian Minyak Wangi Agar Tahan Lama Ayrahana Hijab Perfume: Tips Pemakaian Minyak Wangi Agar Tahan Lama Reviewed by Kakigosip on 20:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.