Ayie ditawar RM15,000 untuk gambar bogel

VOKALIS Floor 88, Ayie Elham ditawarkan RM15,000 daripada individu menerusi Direct Message (DM) di laman Instagram miliknya jika sanggup memberikan gambar bogel.

Apa yang lebih mengejutkan Ayie atau Nik Fadlee Elhamshah, 20, tawaran itu diterima dari lelaki berdasarkan gambar profil individu itu.

Katanya, dia pun tak tahu apa niat sebenar individu itu dan menganggap dia sekadar bergurau atau suka-suka.

“Sebab itu saya hanya baca dan buat tak tahu saja. Tapi memang saya terkejut sebab ini pertama kali mendapat mesej sebegitu.

“Kalau betul dia ingin melakukan perkara ini, dia memang berani,” katanya kepada Harian Metro.

Popular dengan lagu Zalikha, Ayie akui turut menjadi 'mangsa' luahan perasaan cinta segelintir peminat wanita.

“Sejujurnya, tak menyangka ada peminat menyukai saya. Cuma saya pelik apabila mereka sanggup menghantar mesej setiap hari bagi meluahkan isi hati. Mesej mereka pula seperti diari harian.

“Setakat ini tak ada lagi yang berani ke depan melakukan perkara sama. Kebanyakannya di laman sosial saja.

“Cuma apa yang berlaku ini masih membuatkan saya tertanya-tanya pada diri sendiri,” katanya
Ayie ditawar RM15,000 untuk gambar bogel Ayie ditawar RM15,000 untuk gambar bogel  Reviewed by Kakigosip on 20:27:00 Rating: 5
Powered by Blogger.