Awal suka mengacara MeleTop

KEMUNCULAN Awal Ashaari, 36, sebagai pengacara MeleTop menggantikan Nabil Ahmad yang bercuti, mendapat maklum balas positif peminat.

Ramai memuji gaya pengacaraan Awal sekali gus mahu dia kekal sebagai pengacara program itu.

Kata Awal, dia hanya menjalankan tanggungjawab diberi dan menjadi diri sendiri apabila ditawarkan menggantikan Nabil yang bercuti.

“Ketika ditawar menggantikan Nabil pada episod semalam, saya terus bersetuju. Pada awalnya risau juga sebab program ini sinonim dengan Nabil.

“Saya bimbang jika ada yang membandingkan kami dan saya menjadi diri sendiri. Alhamdulillah, pihak penerbitan suka dan puas hati dengan penampilan saya.

“Tidak sangka peminat juga memberikan maklum balas sama. Terima kasih atas sokongan semua,” katanya kepada Harian Metro.

Pernah mengacara program realiti One In A Million, Sensasi dan Melodi, Awal akui bersikap terbuka jika dipanggil lagi mengacarakan program itu pada masa akan datang.

“Kalau mereka suka dan sudi panggil lagi, saya tiada masalah. Jika kebetulan tawaran itu tidak bertembung dengan jadual kerja lain, saya boleh saja.

“Apa saya boleh katakan, program ini meriah dan lain daripada kebanyakan program hiburan sedia ada. Sesekali buat perkara baru menarik juga,” katanya.
Awal suka mengacara MeleTop Awal suka mengacara MeleTop  Reviewed by Kakigosip on 20:29:00 Rating: 5
Powered by Blogger.