Awal Ashaari undur diri Melodi

SELEPAS hampir enam tahun, pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari mengumumkan untuk mengundur diri daripada mengendalikan program hiburan popular, Melodi.

Katanya, enam tahun adalah tempoh yang cukup lama untuk terus kekal dalam sesuatu program.

Pengumuman itu dilakukan menerusi Instgramnya (IG) sendiri.

"I have finally come to realize that I need to be out of my comfort zone.

"Terima kasih buat semua management team, krew penerbitan terutama sekali kepada rakan-rakan produser, wartawan yang berhempas pulas setiap hari minggu untuk memastikan Melodi dapat ke udara," tulisnya.

Dalam tempoh itu, selebriti berusia 36 tahun ini sempat bergandingan AG, Zizan Razak, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

"Buat rakan-rakan artis dalam dan luar negara, tetamu yang sempat bersama, terima kasih kerana melayan karenah saya," tulisnya lagi.


Bukan itu sahaja, suami kepada Scha Al Yahya ini turut memohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan sepanjang mengendalikan program tersebut.

"Buat peminat setia Melodi, saya memohon maaf sekiranya ada tersalah kasar bahasa sepanjang kita bersiaran.

"Apa yang saya sampaikan hanyalah di atas dasar kerja dan sekadar menghiburkan anda semua," tulisnya lagi.

Pada masa sama, Awal turut mendoakan agar Melodi akan terus sukses, selepas ini.

"Saya serahkan tanggungjawab yang besar ini kepada kalian semoga mampu mengemudikan rancangan ini dengan berhemah dan bertanggungjawab. All the best guys!," tulisnya.
Awal Ashaari undur diri Melodi Awal Ashaari undur diri Melodi Reviewed by Kakigosip on 05:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.