Berita Terkini
recent

Artis, promosi Gempak Giler! meriahkan Bangi Wonderland

ORANG ramai berpeluang beramah mesra dengan artis popular tanah air dan menikmati promosi Gempak Giler! bermula 1 Disember hingga 30  Disember di Bangi Wonderland Themepark & Resort.

Melalui acara Sehari Bersama Bangi Wonderland hari ini, acara promosi Gempak Giler! bertujuan untuk mempromosikan Bangi Wonderland Themepark & Resort sebagai destinasi percutian dan aktiviti berkumpul bersama ahli keluarga yang menyeronokkan sempana musim cuti sekolah bulan Disember.

Gempak Giler! bukan sahaja melibatkan penjualan tiket pada harga promosi, pengunjung juga berpeluang menemui artis-artis seperti Ameng Spring, Siti Nordiana dan Amy Search pada hari persembahan tertentu.



Antara hari persembahan artis adalah seperti berikut (persembahan bermula jam 2 petang):

Sabtu 2 Disember: Ameng Spring dan Ezad Lazim

Ahad 3 Disember: Datuk Awie dan Siti Nordiana

Sabtu 9 Disember: Amy Search dan Nico G

Ahad 10 Disember: Khalifah dan Projector Band

Orang ramai boleh mengunjung Bangi Wonderland Themepark & Resort  yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 11 pagi hingga 6 petang, Sabtu dan Ahad atau musim sekolah atau cuti am bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Bangi Wonderland Themepark & Resort ditutup setiap hari selasa kecuali pada musim cuti sekolah dan cuti am.


Harga promosi tiket pula adalah seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat: RM150 untuk empat orang dengan Mykad (RM180 jika tanpa Mykad)

Sabtu hingga Ahad atau cuti am: RM180 untuk empat orang dengan Mykad (RM210 jika tanpa Mykad)

Kemasukan anak-kanak yang mempunyai ketinggian 90 sentimeter ke bawah adalah percuma.

Semua tiket boleh didapati di Bangi Wonderland Themepark & Resort atau melalui agen jualan tiket atas talian antaranya 11street.my, travelog.com dan wonderly.asia.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.bangiwonderland.com.my atau www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.