'Apa salah saya?'

PELAKON Arja Lee kesal apabila namanya sering ditolak daripada membintangi drama sejak empat tahun lalu.

Katanya, dia tidak tahu apa yang stesen TV mahu hingga menolak nama anak seni yang ikhlas dan sungguh-sungguh berjuang dalam industri.

“Saya pelik setiap kali nama dihantar ke stesen TV berkenaan, pasti ditolak. Saya tidak tahu punca dan sebabnya.

“Saya juga tidak tahu apa yang stesen TV itu mahukan dan tertanya-tanya juga apa salah dan dosa saya.

“Mengapa mereka tidak bersikap profesional dan berfikir dari sudut lain sebelum membuat keputusan?” katanya kepada Harian Metro.

Arja enggan mendedahkan stesen TV berkenaan dan mengakui kali terakhir muncul di TV menerusi program realiti Gempak Superstar.

Katanya, masalah ini berlanjutan hingga empat tahun hingga dia malas mahu ambil tahu lagi.

“Saya tiada sebarang kuasa untuk mengubah corak dan permainan industri.

“Saya juga sebenarnya malas nak mengulas perkara ini. Biarlah industri tetap menjadi industri sampai bila-bila yang penuh dengan permainan dengan pelbagai cara dan ragam.

“Lebih baik saya terus ke depan meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih menghargai bakat saya.

“Selepas ini jangan tanya saya menghilang atau mencipta nama di negara luar. Saya cakap dan buat untuk masa depan serta impian saya,” katanya.

Kata Arja, dia merancang untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah.

“Alhamdulillah, rezeki dalam nyanyian dan pengacaraan masih ada. Cuma peluang untuk berlakon lagi memang gelap,” katanya.
'Apa salah saya?' 'Apa salah saya?'  Reviewed by Kakigosip on 07:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.