Angkat Perfect ke tahap berbeza

Selepas beberapa minggu Ed Sheeran menghadirkan versi berbeza Perfect menerusi Perfect Duet bersama Beyonce, dia kini hadir dengan satu lagi versi berbeza.

Jika sebelum ini, lagu berentak ‘mellow’ ini dialunkan dengan melodi balada indah oleh Beyonce, untuk versi kali ini, Ed menambah perisa dengan vokal klasik Andrea Bocelli.

Menggunakan judul Perfect Symphony, nyata versi ini juga tak kurang hebatnya apabila susunan muzik oleh abangnya, Matthew Sheeran berjaya mengangkat Perfect ke satu tahap berbeza.

Permulaan lagunya juga sudah kedengaran berbeza berbanding versi asal. Tentunya, elemen orkestra itu disesuaikan dengan Andrea yang albumnya pernah terjual lebih 80 juta unit.

Menerusi akaun Instagram Ed, penyanyi itu memberitahu ia hadiah sempena Hari Krismas minggu depan.

“Perfect versi orkestra hadir pada Jumaat lalu (15 Disember). Susunan muzik orkestra dan penerbitnya adalah abang saya, Matt dan ia hadiah untuk semua menjelang Krismas,” katanya.

Sehingga kini, Perfect masih mengungguli carta muzik dunia.

Video muziknya yang dimuat naik Jumaat lalu menyajikan proses rakaman Perfect yang berlangsung di kediaman Andrea di Itali.

Sehingga kini, ia ditonton lebih 14.5 juta kali di laman penstriman video itu dan jumlahnya semakin meningkat setiap jam.

Rata-rata, peminat meninggalkan komen positif di video muzik itu dan tentunya ia akan menjadi satu lagi lagu hit daripada Ed.
Angkat Perfect ke tahap berbeza Angkat Perfect ke tahap berbeza  Reviewed by Kakigosip on 12:39:00 Rating: 5
Powered by Blogger.