Angin Los Angeles pikat Fathia

PELAKON popular dan kontroversi Nur Fathia Abdul Latiff menafikan rancangan bercuti panjang di Los Angeles, Amerika Syarikat sebagai sebahagian percubaan untuk berhijrah dan melupakan kerjaya lakonan di Malaysia.

Pelakon berusia 30 itu turut menegaskan dia bercuti panjang juga bukan disebabkan merajuk berikutan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya sepanjang 2017.

Kata Fathia dihubungi, hari ini, dia sebenarnya memang sudah lama merancang untuk bercuti panjang dan merasai duduk di negara orang.

“Saya selalu berfikiran positif dan segala kontroversi yang berlaku tidak pernah melemahkan semangat saya. Benar ada perkara timbul disebabkan diri sendiri tetapi saya belajar daripada kesilapan berlaku.

“Saya membuat keputusan menetap beberapa bulan di Los Angeles kerana ingin mendapatkan perspektif baru dalam hidup,” katanya.

Kata Fathia lagi, dalam usia sudah mencecah 30, sudah tiba masanya untuk melihat dan belajar perkara baru apatah lagi Los Angeles juga turut dikenali sebagai kota Hollywood dekat dengan kerjaya seninya.

“Pemergian ini saya tidak meletakkan apa-apa sasaran khusus. Saya juga tidak menetapkan akan duduk berapa lama di sana. Saya mungkin boleh saja mengubah fikiran dan hanya tinggal sebentar dan pulang kembali ke tanah air,” katanya.

Jelas Fathia dia akan bertolak ke Los Angeles pada pada awal Januari 2017 dan kebetulan dia mempunyai kenalan bersedia membantunya untuk mendapatkan penginapan sebaik tiba.

Tambahnya lagi antara sebab lain dia membuat keputusan untuk bercuti panjang kerana berasakan terlalu penat kerana bekerja sepanjang tahun tanpa rehat.

“Sekarang ini saya mahu melakukan apa yang saya mahu lakukan. Kebetulan saya tidak mempunyai apa-apa komitmen buat masa terdekat ini yang menyebabkan saya boleh saja pergi bercuti selama mana saya mahu,” katanya.
Angin Los Angeles pikat Fathia Angin Los Angeles pikat Fathia Reviewed by Kakigosip on 12:59:00 Rating: 5
Powered by Blogger.