'Anak tak sanggup lihat mama dikecam...'

“PERASAAN anak saya akan berkocak dan terasa tatkala saya dikecam dan dihina,” kata pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman.

Katanya, anak lelakinya pernah menyuarakan rasa sedih apabila dia melihat kecaman netizen di media sosial.

"Macam Kacak (gelaran anak lelakinya)  sebenarnya tak sanggup tengok mama dikecam.

"Kacak selalu nak cuba faham mama... nak tolong tapi tak reti nak tolong," katanya dalam program santai bersama Sinar Harian menerusi Live Facebook di pejabat Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Justeru katanya, yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida, untuk 'menyembuhkan' perasaan anak-anaknya beliau bertegas supaya mereka melihat jerit perih dirinya mencari rezeki.

"Saya beritahu Kacak agar tengok sahaja  mama dia bekerja. Ingat bukan saja-saja mama  buat, kena kerja macam ini, inilah mama," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah komentar yang paling terkesan beliau pernah terima, Vida berkata, ada serangkap perkataan yang benar-benar menggores perasaannya.

"Rasa ayat ini...Kau tua tak sedar diri tak ingat nak mati," kongsinya.

Dalam pada itu katanya, apa yang masyarakat lihat ama ada di televisyen mahupun di luar itu adalah perwatakan sebenar dirinya.

"Saya tak mahu berselindung, itulah diri saya yang sebenar," katanya.
'Anak tak sanggup lihat mama dikecam...' 'Anak tak sanggup lihat mama dikecam...' Reviewed by Kakigosip on 06:28:00 Rating: 5
Powered by Blogger.