Amyra aktif selepas bersalin


Pasangan pelakon popular, Amar Baharin dan Amyra Rosli buat pertama kalinya memperkenalkan cahaya mata sulung mereka, Aqeef Anaqi kepada umum sempena Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul Aqeef yang berlangsung meriah di Rosa Event Space. Majlis turut dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat dan sahabat handai serta anak yatim dari rumah Radhatul Jannah, Gombak.

Acara dimulakan dengan alunan marhaban dari kumpulan  Marhaban Masjid AlTawaqin diikuti acara cukup jambul Aqeef yang kini sudah menginjak usia dua bulan.

Dalam majlis sama, Amar dan Amyra turut menyampaikan sumbangan kepada 24 orang anak-anak yatim yang dijemput. Selepas dua bulan Aqeef dilahirkan dan Amyra tamat berpantang, barulah majlis ini diadakan sekali gus memperkenalkan putera sulung mereka ini.

“Sebab sebenar kami tidak mendedahkan wajah cahaya mata sulung kami adalah kerana terikat dengan Program The Adventure of Aqeef AmyraAmar, terbitan astro yang mana nama dan wajah anak kami hanya akan dikongsikan apabila program ini bermula,” katanya.  Bagaimanapun, Amar dan Amyra memberitahu selepas ini mereka akan sentiasa berkongsi tentang perkembangan terkini Aqeef dengan peminat.


Dalam pada itu, Amyra turut memberitahu media dia bakal kembali aktif dalam bidang seni selepas lama berehat.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Myra juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai ibu. “Jadi selepas ini tiba masa untuk Myra kembali bekerja seperti biasa di mana Januari depan Myra akan memulakan penggambaran drama baru.

“Myra tiada masalah dengan penjagaan anak kerana tinggal bersama dan mama akan bantu jaga Aqeef bila Myra keluar bekerja,” ujar Amyra yang kini kembali ke berat badan asal selepas melalui proses berpantang secara tradisional.

Amar dan Amyra diijabkabulkan pada 11 November 2016 dan selamat lahirkan Aqeef Anaqi secara normal di Pusat Perubatan Prince Court pada 15 Oktober lalu.
Amyra aktif selepas bersalin Amyra aktif selepas bersalin Reviewed by Kakigosip on 07:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.