Amira Othman pilih lagu Hael Husaini

SETELAH agak lama tidak muncul dengan single terbaru, akhirnya penyanyi Amira Othman  Single lahir dengan single ketiga berjudul Mimpi Indah. 

Lebih istimewa, single ini mendapat sentuhan komposer muda berbakat besar, Hael Husaini. 

“Jujurnya, saya terus jatuh cinta apabila mendengar lagu ini buat pertama kalinya. Melodinya sangat mudah melekat di telinga dan jiwa pendengar bahkan genrenya juga lebih kurang sama seperti sebelum ini,” katanya.



Ketika ditanya mengapa mengambil tempoh yang lama untuk dilancarkan, pelantun lagu Jaga Jaga ini mengakui agak cerewet dalam soal pemilihan lagu.

“Apa yang pasti, saya tak mahu terburu-buru untuk mengeluarkan sesebuah lagu. Saya sangat pentingkan kualiti dan bukannya kuantiti.

“Saya juga berpegang kepada prinsip, lagu yang bagus akan membantu menaikkan nama penyanyi.

“Jadi, saya perlu mencari material yang benar-benar sesuai demi peminat,” katanya.

Kerap menyanyikan lagu rancak, Amira bagaimanapun turut menyimpan impian untuk muncul dengan lagu berkonsep balada.

“Memang saya mahu, tapi saya masih tak jumpa dengan material yang benar-benar sesuai.

“Lagipun, jiwa saya lebih kepada lagu berentak balada dan perlahan,” katanya.
Amira Othman pilih lagu Hael Husaini Amira Othman pilih lagu Hael Husaini Reviewed by Kakigosip on 11:50:00 Rating: 5
Powered by Blogger.