Ambil gambar je, tapi kenapa tak tolong?

CHEF selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan melahirkan rasa amarah berkaitan dengan insiden seorang lelaki ditikam dan digilis di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru semalam.

Menerusi laman Instagramnya, Chef Wan berkata, kejadian tersebut sepatutnya dibantu bukannya ambil gambar tanpa melakukan sesuatu.

“Sakit hati tengok video yang diviral pagi ini a man murdered cold blooded!

“What is far more sad and pathetic no one came to rescue this man as they all at the scene could have safe his life!,” tulisnya.

Chef Wan berkata, ada rakyat Malaysia yang sanggup mengambil gambar daripada memberikan pertolongan terhadap perkara buli dan kejam seperti itu.

“What is he is our own family members atau kita yang mati katak aja (sahaja) macam tu ke?

“Apa yang terjadi sangat menyedihkan as no one came to assist this poor man,” katanya.


Semalam, seorang lelaki maut selepas disyaki ditikam dan dilanggar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah yang cuba melarikannya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan bagi mengisi angin pada tayar kereta.

Bagaimanapun, mangsa yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada kiri selepas berlaku pergaduhan. 
Ambil gambar je, tapi kenapa tak tolong? Ambil gambar je, tapi kenapa tak tolong? Reviewed by Kakigosip on 07:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.