Alif bergerak secara solo

MUNGKIN ada yang masih ingat dengan Alif yang sebelum ini dikenali dan membina dalam industri muzik bersama kumpulan Sleeq yang pernah popular degan lagu-lagu seperti Untuk Dia dan Cun Saja.

Tidak hanya sebagai rapper, Alif juga berbakat besar dalam bidang penciptaan lagu dan telah banyak mencipta lagu-lagu hits seperti Untuk Dia ft. Najwa Latif, Salam Semua ft. Aaron Aziz, Tepi Sikit ft. Joe Flizzow dan lain-lain.

Ternyata lagu-lagu ciptaan Alif  mudah mendapat tempat di hati para pendengar kerana mempunyai rentak dan melodinya yang unik dan tersendiri.


Selepas Sleeq membawa haluan masing-masing, Alif memilih untuk bergerak secara solo dan meneruskan perjuangan muziknya seperti biasa biarpun tidak lagi bersama kumpulan.

Alif yang juga anak kelahiran Singapura ini memulakan kerjaya nyanyiannya secara solo menerusi single pertamanya yang berjudul Mama dan diikuti pula dengan dua online album iaitu 6560 Part 1 dan 6560 Part 2.

Terbaru sebagai penutup tahun 2017, Alif tampil dengan buah tangan terbaru menerusi single Buat Selamanya yang cukup menyerlahkan identiti muziknya. Single terbaru ini merupakan ciptaan sepenuhnya dari Alif baik untuk melodi mahupun liriknya.

Buat Selamanya mengisahkan tentang kasih sayang dan tanggungjawab pasangan untuk menjaga dan memberikan keselesaan kehidupan kepada sang isteri untuk meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik.

Menariknya lagu ini juga tampil dengan muzik video istimewa yang diarahkan oleh Jasper dan bersama tenaga produksi dari Vadbibes dan Magic Portions, milik Alif sendiri.

Menurut Alif, penghasilan single terbaru ini dibuat khas buat para peminat yang banyak menyokongnya selama ini dan mengharapkan agar buah tangan terbarunya ini dapat diterima baik peminat.

Tidak mahu dibayangi Sleeq, Alif semestinya tampil dengan muzik yang fresh dalam usahanya untuk menambat hati peminat-peminat yang ingin melihat kelainan yang dilakukannya setelah tampil secara solo.

Single Buat Selamanya edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes Spotify, JOOX, Yonder Music, dan KKBox.
Alif bergerak secara solo Alif bergerak secara solo Reviewed by Kakigosip on 15:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.