Album Jual Baru Anggun Buat Konsert!

PENYANYI antarabangsa, Anggun Cipta Sasmi memasang impian mengadakan konsert solonya negara ini.

Menurut Anggun, 43, dia sudah lama mengimpikan peluang tersebut namun segalanya hanya akan dapat direalisasikan jika mendapat sambutan peminat.

"Sejujurnya saya teringin mengadakan satu konsert solo di Malaysia tetapi saya perlu menilai beberapa faktor terlebih dahulu. Album saya bakal dilancarkan tidak lama lagi dan jika sambutannya memberansangkan baru saya fikirkan mengenai konsert itu.

"Saya rindu untuk bertemu dengan peminat di negara ini dan menghiburkan mereka dalam satu konsert istimewa," katanya.

Anggun di temui semasa pelancaran aplikasi sosial One Music di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Sementara itu, penyanyi lagu Berganti Hati ini turut terkenang saat-saat indah menjayakan persembahan bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza pada tahun 2016.

"Saya masih ingat kali terakhir menjayakan persembahan bersama Siti Nurhaliza. Saya kagum dengan semangat peminat muzik di sini yang sama-sama menyanyikan lagu Snow on the Sahara.

"Mereka sangat sporting dan menyokong lagu nyanyian penyanyi kegemaran mereka, saya enjoy," ceritanya.

Dalam pada itu, Anggun meluahkan keinginan untuk bergandingan bersama penyanyi Malaysia yang kini bertapak di Amerika Syarikat iaitu Yuna.


Jelasnya, dia mengagumi karakter peribadi dan semangat yang ditonjolkan Yuna dalam mengembangkan bakat nyanyian di peringkat antarabangsa.

"Saya memang mengaguminya sejak pertama kali berjumpanya tidak lama dulu di Rome (Itali). Dia seorang penyanyi yang sangat berbeza dengan penyanyi lain.

"Dia menjadi diri sendiri dan tiada orang lain boleh jadi seperti Yuna. Dia berbakat, moden, kuat tetapi lembut. Dia bukan seperti wanita lain yang kita selalu nampak," katanya.

Bercakap mengenai album terbaharunya berjudul 8, ia memuatkan 10 lagu berbahasa Inggeris iaitu No Promises, What We Remember, Righteous, Alive, Medicine and Meditation, Inhuman, Forget Her, Oceans dan Thank You.

Istimewanya, menerusi lagu The Good Is Back, Anggun bergandingan bersama aktres popular Malaysia, Nur Fazura.



Album Jual Baru Anggun Buat Konsert! Album Jual Baru Anggun Buat Konsert! Reviewed by Kakigosip on 15:59:00 Rating: 5
Powered by Blogger.