'Aku mencintaimu kerana ALLAH SWT'

PASANGAN selebriti, Leez Rosli dan Aepul Drama Band baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga, semalam (27 Disember).

Untuk itu, Leez sempat berkongsi ucapan istimewanya buat suami tercinta menerusi akaun Instagramnya (IG).

"Our journey still jauh..ada banyak lagi yang nak kami ragui (sila tabah seumur hidup yer..) ada banyak lagi yang nak di argue kan.


(walaupun kita both spesies tak suka nak bebel-bebel),ada banyak lagi yang nak disabarkan, dan ada banyak lagi kebahagiaan yang nak dikongsikan bersama, insya-ALLAH," tulisnya.

Bahkan, bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) ini juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan penyayang.

"But, wallahi, aku mencintaimu kerana ALLAH SWT. Hope ampa tak menyesal kahwin dengan kami, sebab kami tak pernah menyesal punya suami macam ampa...," luahnya.

Malah, selebriti berusia 30 tahun ini turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina terus kekal sepanjang hayat.

"Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati perkahwinan dan keluarga kita ini, sehingga dikurniakan mawaddah warahmah..

"Happy 3rd Annyversary my bestfriend, my ex fiance, my not too tall, dark and handsome man..aauummmm!!," tulisnya.

Pasangan ini bernikah pada 2014 selepas tiga tahun menyulam cinta dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Saffiya Alisha, 1 tahun 8 bulan.
'Aku mencintaimu kerana ALLAH SWT' 'Aku mencintaimu kerana ALLAH SWT' Reviewed by Kakigosip on 07:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.