Akhirnya Jibam ditambah seminggu lagi tayangan

FILEM Jibam yang ditamatkan tayangan di pawagam atas alasan tidak mendapat sambutan telah dilanjutkan selama seminggu lagi.

Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh pengarah filem Jibam, Che Mie.

“Syukur Alhamdulilah, saya pun baru dapat tahu lewat petang tadi. Cuma jumlah pawagam dikurangkan iaitu daripada 83 kini hanya tinggal 16 pawagam sahaja.

“Tapi tak apalah. Sekurang-kurangngya masih ada peluang untuk peminat-peminat filem Melayu yang belum berkesempatan untuk datang ke pawagam,” katanya.

Tambah Che Mie, dia sangat berharap kalau peminat dapat tonton dan sokong filem ini.

“Filem ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Jadi rugi jika ramai yang tak dapat tonton,” jelasnya.

Che Mie turut memberitahu bahawa mereka akan menggunakan medium media sosial sebagai strategi pemasaran di saat-saat akhir ini.

“Bukan tak nak promosi besar-besaran tetapi kami bukan sebuah syarikat yang besar. Kami hanyalah syarikat kecil. Jadi kami buat setakat yang mampu sahaja,” katanya.

16 buah pawagam yang menayangkan Jibam adalah *TGV BUKIT TINGGI* *TGV TEBRAU* *MM2 C CITY SQUARE* *MM2 C DAMANSARA* *MM2 C MAHKOTA PARADE* *MM2 KERIAN SENTRAL* *MM2 BAHAU* *LPS PB SENTRAL KUALA TERENGGANU* *JITRA MALL* *SUPERSTAR ULU TIRAM* *MM C LANGKAWI* *MM C BERTAM* *MM C RIVEL FRONT* *PREMIUM X CINEMA* *PERDANA LABUAN SABAH* *EASTERN CINEPLEX*
Akhirnya Jibam ditambah seminggu lagi tayangan Akhirnya Jibam ditambah seminggu lagi tayangan Reviewed by Kakigosip on 07:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.