Akhirnya anak lelaki

PELAKON Indonesia, Oki Setiana Dewi, 28, selamat melahirkan anak lelaki secara caesarean di rumah sakit di Jakarta, jam 4.56 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi pelakon Ayudia Bing Slamet di laman Instagramnya, menyaksikan Oki mencium bayi yang baru dilahirkan dengan titisan airmata.

Pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu menerima ucapan tahniah dari rakan artis termasuklah pengacara Irma Hasmie di Instagramnya atas kelahiran anak ketiga, Ibrahim Muhammad Abdullah.

Dua anak Oki sebelum ini adalah perempuan, Maryam Nusaibah Abdullah dan Khadeejah Faatimah Abdullah.

Oki yang makin dikenali di Malaysia selepas menjadi juri tetap program Gema Gegar Vaganza (GGV) April lalu dalam akaun Instagram miliknya memberitahu anaknya yang dia mahu ke rumah sakit dan memohon kepada ‘followernya’ agar mendoakan keselamatan dia dan bayinya.

“Saya mohon maaf zahir batin kepada semua sahabat sama ada kesalahan saya disengajakan atau tidak. Doakan agar proses bersalin berjalan lancar dan saya serta bayi diberi kesihatan yang baik. Mohon sisipkan nama saya dalam solat malam teman-teman,” pintanya.

Oki yang berkahwin dengan Ory Vitrio pada Januari 2014, turut berkongsi gambar sebelum masuk ke bilik pembedahan, duduk di kerusi roda dan diberi semangat oleh suaminya.
Akhirnya anak lelaki Akhirnya anak lelaki Reviewed by Kakigosip on 12:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.