Berita Terkini
recent

Aishah gayakan barang kemas RM2 juta!

DALAM pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim keempat ini, gempar seketika dengan cerita baju Aishah yang tidak sesuai dengan dirinya.  Namun selepas itu ramai yang muncul untuk menata rias penyanyi bersuara emas ini. 

Begitu juga dengan malam GV akhir yang menyaksikan Aishah telah mendapat hadiah sepasang baju baru ikhlas daripada pereka fesyen terkenal Calvin Thoo. 

Menurut Calvin, sudah lama dia tidak menaja pakaian untuk artis.  Namun untuk Aishah kali ini berlainan kerana penyanyi itu cukup istimewa. 

“Baju itu saya tak taja tetapi saya hadiahkan kepadanya.  Harga tak perlulah saya beritahu.  Biarlah saya rahsiakan.

“Jacquard brocade net on italian silk crepe n french silk chiffon.  Warna ungu,” jelas Calvin.

Selain hadiah baju baru, Aishah juga turut mendapat tajaan mengayakan barangan kemas dari Ceres bernilai RM2 juta. 

"Saya telah menghubungi rakan baik saya di Ceres dan selepas itu Ceres telah berminat untuk menaja penampilan Aishah yang meliputi rantai, gelang dan cincin.  Keseluruhan barang kemas ini bernilai RM2 juta. 

"Aishah telah memilih sendiri barangan kemas tersebut dan gembira dengan tajaan koleksi Ceres.

“Valley Of The Flower collection, it’s a contemporary collection inspired by the movement and shape of vegetations. Set with pastel color sapphires and diamonds,” ujar Penolong Pengurus Ceres, Kelvin mengenai koleksi Ceres yang akan digayakan oleh Aishah.

Pihak Ceres akan memakaikan barangan kemas tersebut pada hari pertandingan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.